Profil SKB

Pengenalan

Swaterbit Kids Book (SKB) bermula pada Oktober 2020 sebagai kelas dalam talian membimbing para penulis menghasilkan buku bergambar kanak-kanak secara swaterbit, menggunakan aplikasi sedia ada. Kurang setahun, SKB telah berjaya menganjurkan Karnival Swaterbit Kids Book yang diadakan pada 31 Mac hingga 4 April 2021. Antara pengisian acara tersebut termasuklah sesi Read Aloud, Sharing SKB, Dialog Swaterbit dan jualan online.

Karnival Swaterbit Kids Book pada 31 Mac – 4 April 2021.

Antara acara yang dijalankan dalam talian sepanjang Karnival Swaterbit Kids Book pada 31 Mac – 4 April 2021.

Pada Jun 2021, Alumni SKB juga berjaya menganjurkan Jualan Amal SKB mengumpul dana bagi pembinaan perpustakaan kanak-kanak di Gaza. Dana sebanyak RM2000 telah diserahkan melalui Majlis Buku Bergambar Kanak-kanak dan Awal Remaja (MBBY) kepada International Board for Book for Young People (IBBY). IBBY mempunyai keahlian di 70 buah negara. Dana ini yang disalurkan ke dalam Tabung Krisis Kanak-kanak (Children in Crisis Fund)

Sehingga 1 Oktober 2021, komuniti SKB telah berkembang kepada 154 orang Alumni yang mana 63 orang daripadanya telah swaterbit buku bergambar kanak-kanak, Sehubungan itu, Program Peer Writer SKB telah dibangunkan dan sebanyak 17 buku berjaya dihasilkan.

Visi

Membina komuniti penulis swaterbit (self-published) buku bergambar kanak-kanak yang berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing.

Berdaya tahan : kekuatan stamina dan keazaman

Berdaya maju :  penjanaan pendapatan

Berdaya saing : berkebolehpasaran

Misi

1. Melahirkan penulis swaterbit buku bergambar kanak-kanak yang menguasai aspek penerbitan buku bergambar kanak-kanak dengan baik.

2. Membuka peluang penjanaan pendapatan melalui penjualan buku dan konten serta produk (hiliran atau huluan) yang terhasil daripada penerbitan buku tersebut khususnya kepada golongan B40.

3. Membentuk jaringan mampan yang melibatkan kerjasama silang industri dan kerjasama pebangunan konten dengan institusi/agensi

Nilai Utama

1. Memastikan aspek kualiti buku bergambar kanak-kanak sentiasa dikawal selia

2. Menghasilkan konten yang memberi impak bukan sahaja kepada pembaca (khususnya kanak-kanak) malah terhadap isu yang boleh memberi kesedaran kepada masyarakat (contoh : kesihatan mental, alam sekitar, pelancongan dan sebagainya).

Perlaksanaan Program

Bimbingan mengikut fasa-fasa yang menekankan aspek utama iaitu penerbitan buku secara swaterbit (self publishing) dan pembangunan kandungan (content creator) yang dilaksanakan secara pendidikan kreatif (creative education) melalui penggunaan sumber yang efisien (aplikasi sedia ada dengan kos minimum).

Fasa Pembangunan Komuniti

Fasa 1 : Group SKB

1. Memahami format asas penerbitan buku bergambar kanak-kanak

2. Memahami anatomi buku

3. Berkemampuan untuk swaterbit

Fasa 2 : Alumni SKB

1. Mempelajari ilmu pembikinan konten yang bermutu (cerita, ilustrasi, kosmetik)

2. Memahami selok belok industri

3. Kerjasama sesama Alumni SKB

Fasa 3
Peer Writer SKB

1. Menguasai pembikinan konten yang bermutu (cerita, ilustrasi, kosmetik)

2. Menjadi sebahagian ahli industri yang aktif

3. Kerjasama dengan penggiat dan agensi dalam industri

Mentor/Jurulatih Projek Buku Peer Writer SKB

1. Telah melalui fasa 1, 2 dan 3. Mereka dipilih setelah menunjukkan keupayaan tinggi dalam penguasaan aspek penerbitan, penghasilan konten adan penerbitan  buku bergambar kanak-kanak.

2. Telah menghadiri 4 jam bengkel pemantapan (Train of Trainers) yang memberi tatacara pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran

3. Menerima upah sebagai mentor/jurulatih.

Projek Buku Peer Writer SKB

1. Mencapai piawaian kualiti konten dan persembahan keseluruhan (margin, komposisi teks/ilustrasi, typesetting)

2. Membuka peluang penjanaan pendapatan melalui penjualan buku dan konten serta produk (hiliran atau huluan) yang terhasil daripada penerbitan buku tersebut khususnya kepada golongan B40.

3. Setiap buku yang terpilih akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam katalog Buku Bergambar Kanak-kanak Swaterbit Terbaik yang mana akan didaftarkan ISBN.

4. Penjanaan pendapatan berterusan kepada golongan B40 yang mempunyai bakat dan kesungguhan.

Fa

Profil Swaterbit Kids Book