BookCamp SKB 1.0

Pada 15 & 16 Jan 2022, BookCamp SKB 1 telah dijalankan dengan bimbingan Pn Emila Yusof dan pengasas SKB, Puan Mimi Salleh, dan 11 peer Writer SKB yang menyertainya.

Masing-masing masih teruja. Julung kali diadakan, para peserta bukan datang tangan kosong. Mereka perlu membentangkan ilustrasi, skrip dan storyboard tentang buku bergambar kanak-kanak yang mereka mahu hasilkan.

Penambahbaikan konten, latihan pembinaan karakter dan watak mengikut medium ilustrasi yang dipilih, BookCamp SKB 1 dikira mencapai matlamatnya.

Dari lorong yang samar, terutama hal berkaitan ilustrasi, kini ia sudah semakin cerah hala tujunya buat para peserta.

Terima kasih Pn Emila atas tunjuk ajar dan idea yang diberi. Terima kasih juga kepada Yayasan Bursa Malaysia atas sokongan dalam usaha peningkatan kemahiran para peserta dan Museum of Picture Book Art atas sokongan kerjasama.

Terima kasih buat 11 peer writer yang memberi komitmen penuh sepanjang BookCamp. Terus konsisten, sentiasa buat rujukan dan berlatih.

Anda di luar sana, mahu sertai Swaterbit Kids Book (SKB)?

Kenali SKB.

Alumni SKB – peserta yang telah tamat silibus SKB
FB Grup – grup eksklusif untuk Alumni SKB sahaja
SKB United – whatsapp Alumni SKB yang telah siap buku
Peer Writer SKB – Alumni SKB yang telah swaterbit dan menyertai proses saringan untuk ke Projek Buku Peer Writer SKB.
Projek Buku Peer Writer – buku-buku bertema yang telah melalui saringan Peer Writer.
BookCamp SKB – masterclass untuk Peer Writer
Karnival SKB – showcase, sembang, aktiviti kepada umum.
Buku Audio Visual SKB – 36 video berdasarkan buku para Alumni SKB yang boleh diakses bila-bila masa.

Video BookCamp SKB 1.0 pada 15 & 16 Jan 2022