Karnival Swaterbit Kids Book di Pesta Buku Selangor pada 11 Dis 2021 buat pertama kalinya secara hibrid

Kemeriahan Pesta Buku Selangor dengan Karnival Swaterbit Kids Book.

Ya. Dan ini buat pertama kalinya secara hibrid (online dan bersemuka).

Pada 11 Dis 2021. Dari jam 11 pagi – 4 petang.

Kita ada 8 aktiviti menarik.

Antaranya, Showcase buku-buku bergambar kanak-kanak SKB sepanjang karnival. Boleh lihat buku-buku yang alumni SKB hasilkan secara dekat. Comel-comel belaka semua. Watak dan jalan cerita yang pelbagai.

Kemudian, berimaginasi dengan kertas melalui pop-up book dan juga paper theater. Apabila imaginasi, inspirasi dan inovasi digabungkan, bermacam bentuk dan cerita yang boleh terhasil melalui aktiviti ini tanpa sedar.

Tak lupa, pada jam 11 pagi, bersama Teacher Norhayati, salah seorang alumni SKB, kita akan ada public speaking untuk kanak-kanak. Kanak-kanak boleh belajar bagaimana mahu memupuk keyakinan diri ketika bercakap dikhalayak awam.

Jam 11.45 pagi, topik tentang tubuh kita hak kita bagi kanak-kanak. Bagaimana seorang kanak-kanak harus memahami apa yang boleh disentuh, dan apa yang tidak boleh disentuh pada badan mereka.Kemudian, kita akan berstorigami dengan Kak Mimi Salleh pada jam 12.30 tengah hari. Pengunjung boleh melihat sendiri buku ajaib yang Kak Mimi hasilkan.

Dan jam 2.30 petang, satu sesi sembang SKB yang akan menerangkan tentang apa yang perlu penulis swaterbit buku kanak-kanak khususnya perlu tahu tentang ISBN/eISBN. 8 aktiviti menarik pada 11 Dis 2021 dari jam 11 pagi – 4 petang yang banyak memberi manfaat bersama kepada ibu bapa, penjaga, guru dan juga kanak-kanak terutamanya.Jemput singgah ke Karnival Swaterbit Kids Book di Pesta Buku Selangor pada 11 Dis 2021, dari jam 11 pagi – 4 petang.