Karnival Swaterbit Kids Book (SKB) pada 31 Mac – 4 April 2021 penanda aras untuk komuniti mula berkembang

Karnival Swaterbit Kids Book (SKB) berlangsung pada 31 Mac – 4 April 2021. Selama 5 hari, kami telah mengadakan pelbagai acara secara dalam talian. Antara pengisian acara tersebut termasuklah sesi Read Aloud, Sharing SKB, Sembang SKB dan tak lupa jualan online bagi buku bergambar kanak-kanak SKB daripada para alumni.

Karnival ini juga mendapat kerjasama dan sokongan daripada Kuala Lumpur World Book Capital 2020.

Antara perkara yang menarik pada karnival SKB yang pertama kalinya ini ialah pada sesi Read Aloud. Di sini, ia memperlihatkan kemampuan para alumni membacakan buku mereka secara online. Ada antara mereka berkata, inilah pertama kali mereka melakukan aktiviti begini bersama-sama. Teruja, takut, gementar semua ada, namun ia berjaya di atasi kerana kami melakukannya bersama-sama.

Begitu juga dengan Sharing SKB. Para alumni tidak lokek untuk berkongsi pengalaman mereka sepanjang proses menyiapkan buku bergambar kanak-kanak mereka mengikut modul SKB. Walaupun ada cabaran dan halangan yang dihadapi oleh mereka yang pertama kalinya menghasilkan buku terutamanya buku bergambar kanak-kanak, ia tidak menjadi batu penghalang untuk mereka terus menyiapkan buku hinggalah ianya siap cetak dan berjaya dijual. Sesuatu yang membanggakan.

Tahniah buat para alumni SKB yang turut serta pada karnival pertama kalinya secara online begini. Ini bukan yang pertama dan terakhir, akan ada banyak lagi perkongsian, aktiviti bersama yang akan kita lakukan dalam komuniti Swaterbit Kids Book (SKB). Nantikan.